Kata Kata Aluan & Prakata Ala Kadar.
22:22
Posted by Abell Jefrry
Salam hormat buat semua pembaca.
Alahai, macam lah ada pembaca ye tak? Alah macam tak biasa bercakap dengan dinding. Ok, Setelah banyak feedback yang saya dapat, menyarankan saya mula menulis blog, sebab tak faham apa yang saya carutkan dalam 140 aksara di Twitter, maka saya pun bercadang (semalam bercadang, hari ni dah buat) untuk buka satu blog yang tak seberapa.
Dalam blog ini, saya akan menulis serba serbi berkaitan idea, pendapat, pandangan, pengalaman, dan juga hasil kerja saya. Minta maaf lah ya kalau blog saya ni kosong, tak meriah dengan imej imej liplap dan lagu yang mendayu dayu. Saya ni dungu sikit.
Saya ni menulis bukan pandai mana pun, dulu zaman sekolah ada juga berangan nak jadi wartawan, tapi masa interview di akhbar Harian Metro itu hari, depa reject. Depa kata IQ saya melebihi piawaian dia orang, iaitu 33, bersamaan dengan IQ ikan Dolfin. Nak buat macam mana kan. Tulis saja lah dalam blog.
Saya tak dapat nak janjikan apa apa buat semua yang membaca, ilmu dan manfaat tu akan datang sekali sekala tanpa kita sedari ibarat jagung dan biji cili yang terapung dalam kincit.
Semoga kalian terhibur, dan mendapat manfaat dari apa yang saya kongsi kan kelak.
This entry was posted on Monday 2 January 2012 at
at
22:22
, and is filed under
Idea,
Pendapat,
Pengalaman,
Portfolio,
Review
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 January 2012 at 17:47
Assalamualaikum..Sy slh seorang followers di Twitter anda.Selalu kagum dgn apa yg anda tweetkan..InsyaAllah akan jadi pembaca setia blog anda ini.Tahniah atas kelahirannya.. :)
3 January 2012 at 17:52
akan selalu melihat update dari encik abell. dah lama takde penulisan macam ni since AKAB.
4 January 2012 at 01:28
first entri pun dah menarik. good luck in blogging !
5 January 2012 at 01:26
yeay! abell dah ade blog! good job bro!
5 January 2012 at 07:25
owh...blog baru rupanya.patutlah tak ada update kat dashboard.haha.okay2 aku da follow.nice weh!