Salam hormat buat semua pembaca.

Alahai, macam lah ada pembaca ye tak? Alah macam tak biasa bercakap dengan dinding. Ok, Setelah banyak feedback yang saya dapat, menyarankan saya mula menulis blog, sebab tak faham apa yang saya carutkan dalam 140 aksara di Twitter, maka saya pun bercadang (semalam bercadang, hari ni dah buat) untuk buka satu blog yang tak seberapa.

Dalam blog ini, saya akan menulis serba serbi berkaitan idea, pendapat, pandangan, pengalaman, dan juga hasil kerja saya. Minta maaf lah ya kalau blog saya ni kosong, tak meriah dengan imej imej liplap dan lagu yang mendayu dayu. Saya ni dungu sikit.

Saya ni menulis bukan pandai mana pun, dulu zaman sekolah ada juga berangan nak jadi wartawan, tapi masa interview di akhbar Harian Metro itu hari, depa reject. Depa kata IQ saya melebihi piawaian dia orang, iaitu 33, bersamaan dengan IQ ikan Dolfin. Nak buat macam mana kan. Tulis saja lah dalam blog.

Saya tak dapat nak janjikan apa apa buat semua yang membaca, ilmu dan manfaat tu akan datang sekali sekala tanpa kita sedari ibarat jagung dan biji cili yang terapung dalam kincit.

Semoga kalian terhibur, dan mendapat manfaat dari apa yang saya kongsi kan kelak.