Salam hormat semua pembaca. 

Seperti mana yang kita tahu, pada hari Sabtu 28 April 2012 negara kita telah digemparkan dengan berita dan isu kempen Bersih yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya. Apa yang ingin saya kongsikan adalah pengalaman dan pendapat peribadi saya yang hadir di Perhimpunan Bersih tempoh hari sebagai 'pemerhati bebas' yang tidak menjulang mana mana bendera politik tempatan. 

Apa yang saya kongsikan ni, telah saya kongsikan terlebih dahulu di laman Twitter saya, @abelljefrry dan mendapat banyak maklum balas positif dan juga negatif. Saya tak rasa saya perlu jelaskan apa itu Bersih, dan objektifnya kerana ianya terlalu umum dan kamu boleh cari sendiri dengan mudah di Internet mahupun media bercetak. 

Saya tak nak berceloteh panjang lagi, semoga apa yang saya kongsikan ni dapat berikan kamu sedikit sebanayak info, ilmu dan input untuk kamu tafsir sendiri apa yang berlaku dari pandangan mata saya.


**********************************************


"Saya hadir ke perhimpunan  sebagai pemerhati, bagi memuaskan sifat ingin tahu saya. Selagi tak tengok dan alami, saya tak akan tahu."

"Saya tiba di KL sekitar 1PM, parking kereta di sekitar Monorail Chow Kit dan berjalan kaki ke Dataran melalui Jalan TAR."

"Sepanjang perjalanan ke Dataran, semua peserta  dalam keadaan terkawal. Berbual, bertegur sapa, dan mesra dengan peserta lain." 

"Saya tiba di persimpangan depan Dataran sekitar 2PM. Semua masih dalam keadaan terkawal. Ada yang sudah mula duduk di atas jalan." 

"Perasaan masa melihat semua tenang, dan bersorak agak mengharukan. Rasa bangga lihat peserta  kotakan janji untuk berdemo aman. TAPI..." 

"Perasaan saya mula berubah bila saya berdiri di sebelah mak cik yang membawa anak kecil. Di barisan hadapan, hampir dengan FRU."

"Saya tanya mak cik tu, kenapa bawa anak kecil. Dia jawab "Mak cik nak anak mak cik rasa sebahagian dari sejarah Malaysia.." 

"Saya risau sebenarnya, sebab saya rasa tindakan bawa anak ke demo jalanan, MUNGKIN membahayakan keselamatan anak."

"Masa semua dalam keadaan tenang, peserta disajikan dengan ceramah anti-BN. Beberapa laungan "Hancur, hancur! Hancur BN!"


"Bagi saya, mesej dan objektif  mula dicemari dengan agenda politik PR pada saat ceramah itu bermula. Saya sendiri rasa kurang senang."

"Saya rasa lebih molek jika perserta dibarisan depan  disajikan dengan taklimat/ceramah/syarahan berkenaan topik ketelusan pilihanraya"

"Demontstrasi TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH, tapi ia berfungsi sebagai medium mengetengahkan sesebuah isu dalam sesebuah masyarakat "

"Bercakap mengenai 'mengetengahkan isu', media memainkan peranan penting. Jadi, secara peribadinya saya nak dua kebarangkalian saja "

"1 - Jika Dataran Merdeka dikawal ketat, saya nak media seluruh dunia lihat ironinya dengan visual peserta  duduk mengelilingi Dataran"

"2 - Saya nak umat manusia lihat visual peserta  berjaya berunding dan duduk protes di atas padang Dataran sebagai simbol 'kemenangan'"

"Semua harapan peribadi saya hancur lebur bila barisan pimpinan PR tiba & peserta  mula merempuh masuk ke Dataran dan Polis bertindak"

"Fikir, nak duduk bantah di atas jalan sekitar Dataran secara aman, atau kamu nak rempuh masuk, polis bertindak dan orang balik?"

"Tangan pemimpin PR ibarat satu keajaiban buat pengikutnya. Bila di lambai, orang bersorak. Bila di tuding, orang merempuh masuk"

"Saat FRU melepaskan tear gas dan water canon, saya dibarisan hadapan. Masa itulah makcik di sebelah saya tersungkur dengan anaknya. "

"Saya sempat bantu hadang dan angkat mak cik tu walaupun mata dah rasa macam nak buta, dan masa tu kasut saya tertanggal sebelah dan cicir." 

"Tear gas ni pedas. Saya kalau pedas, saya hiccup. Lagi satu lepas kena tu saya sendawa banyak kali. Badan mula pijar, kebas."

"Saya bawa bekalan air, sempat basuh muka, minum & tanggalkan baju untuk tutup hidung & mulut. Ada mak cik berkerusi roda bagi garam"

Inilah mak ciknya, semoga Tuhan membalas budi baiknya.

"Garam ni gunanya untuk kemam/makan. Kata mudahnya untuk kembalikan tenaga sikit. Dan larutkan dalam air untuk basuh badan"

"Saya berjalan bersama perserta  lain ke arah Tune Hotel, masa ni keadaan hanya kelam kabut. Orang berlari. Belum merusuh."

"Ada yang mula bersurai, ada yang lari, dan ada yang mula kembali menuju ke arah Dataran Merdeka dengan rentak yang lebih agresif"

"Bagi saya, tindakan FRU menembak gas pemedih mata pada peserta demo dalam sesak ribuan manusia, adalah sangat bahaya."

"Saya tak salahkan Polis bertindak, tapi saya dengan yakinnya mempersalahkan tudingan jari pemimpin PR dan orang yang merempuh masuk "

"Masa di Tune Hotel, ada peserta berarak menuju ke Markas PAS, diketuai oleh salah seorang yang bersama pemimpin PR yang arah peserta merempuh masuk."

"Sekitar waktu tu lah, segelintir peserta  mula merusuh dan mengganas di hadapan Sogo/Pertama. Seperti yang kamu tengok dalam video tu" 

"Kereta Polis dari simpang Sogo di baling dengan objek dan batu. Sebelum kereta Polis memecut laju dan terbabas langgar tembok."

"Saya tak rasa saya patut datang hampir, jadi saya kurang pasti berapa orang cedera masa kereta Polis merempuh perusuh dan terbabas" 

"Saya tak dapat nak terangkan perasaan kecewa saya bila tengok peserta  tak berpegang pada kata kata, dengan bertindak tak aman. Malu."

"Saya ke Restoran Yaseem makan nasi kandar, sementara tunggu reda. Masa keluar tu, trak FRU dah sampai ke arah Maju Junction."

"Di seberang Restoran Yaseem Jalan TAR pun ada perusuh yang bakar banner & sampah. Kira dah marah sangat lah tu agaknya."

"Sekitar 5-6PM, saya ambil keputusan untuk jalan berkaki ayam ke Dataran Merdeka, cari kasut saya yang cicir tadi."


"Masa tu, saya berpeluang tengok kereta polis yang terbabas di Sogo tadi. Kali ni, dah terbalik dan remuk. Ada kesan darah dan kasut." 

"Saya berjalan, melepasi benteng FRU yang masa tu di hadapan Kamdar. Sampai di kawasan simpang Dataran yang penuh dengan trak polis."

"Kekecewaan saya dengan peserta  yang merusuh tadi ditambah dengan kecewa cari kasut saya tak jumpa. Polis tak ada ganggu saya masa tu"

"Malah kehadiran saya di kawasan simpang Dataran yang penuh Polis tadi, disambut dengan senyuman. Seperti tak ada apa apa berlaku. "

"Sekitar 6-7PM, peserta  dari Jalan TAR mula bergerak kedepan 'dibantu' dengan kereta yang nak lalu. FRU mula berundur ke Dataran."

"Oh ya, ada juga jumpa beberapa pelancong asing yang turun menyaksikan . Saya tak tahu lah apa perasaan depa ni lepas FRU bertindak."

"Dalam 7:30PM, FRU berundur sepenuhnya, dan Polis beruniform masuk baris. Bersedia untuk terima arahan dan 'serbu' perusuh."

"Masa Polis serbu dan halau balik tu, saya di kolam air tepi bangunan yang dah dirobohkan. Bersebelahan dengan Dataran." 

"Polis berlari serbu, orang bertempiaran lari. Saya jalan macam tak ada apa berlaku, sebab saya nak tengok. Risau lari, kena cekup."

"Berhampiran bangunan DBKL, saya menyaksikan kejadian dua orang Polis menerajang motor yang dinaiki lelaki berbaju kuning."

"Pembonceng motor yang berbaju kuning tu sempat turun lepas kena terajang dengan Polis, dan berlari dalam sesak motorsikal lain."

"Lebih kurang 20 penunggang motor yang menyaksikan adegan Polis terajang tadi tu, berhenti dan mula memaki hamun Polis."

"Untuk meleraikan kumpulan penunggang motor yang memaki hamun Polis tadi, satu trak polis memecut laju dan menyerbu. Sampai Pertama Complex"

"Semua bersurai & kami ke belakang tandas awam DBKL. Sebab kawan dah alih parking ke situ. Masa tu, kami saksikan Polis belasah orang"

"Ada seorang lelaki keluar dari tandas awam DBKL sebelah Panggung Coliseum, tanpa disoal dia dibelasah sekumpulan Polis."

"Saya tak sempat rakam kejadian lelaki dibelasah Polis tu lepas kena tengking untuk bersurai dan balik. Keadaan kecoh, orang berlari"

"7:50PM, penutup bagi pengalaman saya sebagai pemerhati di perhimpunan  3.0, tidak ada kecederaan cuma kasut hilang. Sedih." 

Dalam senarai tweet saya ni, ada satu bahagian yang paling banyak dipersoalkan, iaitu kejadian yang saya terangkan sebagai gerak tangan dan isyarat dari Pemimpin PR untuk membuka pagar halangan dan merempuh masuk ke Dataran. Pada awalnya, saya tak dapat nak buktikan kejadian ni, tapi hari ni ada pengguna Twitter berikan saya link, video bukti kejadian tersebut seperti mana yang saya laporkan. Lihatlah dengan mata kamu sendiri, sejauh mana kesahihan coretan saya kali ni.