Tadi siang saya ada bual berkenaan tips produktiviti dan pendidikan menggunakan teknologi harian, dan ada janji nak kongsi tutorial bina jadual kelas setiap semester menggunakan aplikasi Google Calendar. Tak nak buang masa, saya akan teruskan tutorial selepas ni, tapi sebelum tu saya akan terangkan, kenapa Google Calendar?

Google Calendar ni, aplikasi atas talian yang percuma, semua orang boleh miliki hanya dengan membuka akaun pengguna Google. Kelebihannya, ia boleh di 'sync' dengan pelbagai jenis aplikasi, software dan peranti (device) seperti telefon pintar, iPod dan tablet. Selain itu, ia boleh diakses dari hampir kesemua peranti yang mampu mengakses talian internet. Kalau peranti peribadi kita habis bateri misalnya, boleh buka guna peranti milik kawan kita. Kan mudah tu.

Apa Yang Perlu Kamu Ada Sebelum Bermula?

  • Akaun Google atau Gmail.
  • Salinan jadual kelas
  • Tarikh minggu terakhir semester


Langkah 1


Buka akaun peribadi dengan mendaftar di laman web Google. Akaun ni, akaun yang sama untuk guna Gmail, Blogger, Youtube dan sebagainya. Kalau dah ada, boleh teruskan ke langkah 2.


Langkah 2


Aktifkan akaun Google Calendar dengan melayari https://www.google.com/calendar/ . Kalau kamu buka guna peranti peribadi, boleh bookmark atau pinkan URL ni pada pelayar (browser) kamu. 


Langkah 3


Jika ini kali pertama kamu guna Google Calendar, klik pada anak panah kecil di My Calendar dan klik pada pilihan Create New Calendar. Jika sekarang kamu nak buat jadual kelas, kamu pilih tajuk yang berkaitan seperti 'Class Timetable' dan sebagainya. Fungsi ni dapat mengasingkan kalendar kamu mengikut keperluan jika kamu ada kalendar lain seperti kalendar Jadual shift kerja dan cuti umum misalnya. Pastikan timezone tu betul, ini sangat penting.

Langkah 4

Ini bahagian di mana kamu tentukan jadual harian. Rujuk salinan jadual kelas hari Isnin, dan klik pada ruangan hari isnin pertama semester atau minggu kamu. Kalau Isnin kelas mula pukul 9 pagi, klik pada ruangan 9AM. Kemudian klik pada Edit event


Langkah 5

Terus klik pada pilihan Repeat... dan setup seperti rajah dibawah. Pilih Weekly, dan pada ruangan Ends pilih On dan isikan tarikh akhir semester kamu. Biasanya jadual kelas akan habis paling lewat seminggu sebelum peperiksaan akhir semester. Sudah selesai, klik butang Done.

Langkah 6

Gantikan Untitled Event dengan nama subjek, tetapkan masa berlangsungnya kelas, dari pukul berapa sampai pukul berapa (Saya lupa letak arrow dalam rajah. Sorry.). Kemudian isikan ruangan Where dengan nama kelas atau bilik kuliah. Klik pada pilihan Calendar dan pilih kalendar jadual kelas yang kamu buat dalam langkah 3 tadi. 

Pada ruangan Description, isikan semua butiran yang berkenaan sebagai rujukan lanjut, seperti judul buku teks dan perkakas yang perlu dibawa, nama dan nombor telefon pensyarah dan lain lain maklumat yang mungkin berguna. Setelah selesai, klik butang Save.



Langkah 7

Ulang Langkah 4 hingga Langkah 6 berpandukan salinan jadual kelas, sehingga lengkap dari Isnin sampai hujung minggu. Jika kamu berjaya lengkapkan, maka, tahniah buat diri kamu! Kamu baru sahaja melengkapkan jadual kelas atas talian pertama kamu. 



Macam Mana Nak Sync Dengan Telefon Pintar, Tablet atau iPod?

Kalau nak tulis tutorial Sync ni, entri ni akan jadi panjang berjela mengalahkan jambang Osama Bin Laden. Untuk memudahkan proses ni, pihak Google ada menyediakan maklumat lanjut seperti tutorial dan apps untuk sync kalendar kamu. Kamu boleh layari laman utama Google Mobile Sync di http://www.google.com/mobile/sync/



Semoga apa yang saya kongsikan, dapat bantu kamu uruskan masa dan jadual harian kamu dengan lebih mudah, efisyen dan pantas. Bukan apa, hati saya sedikit kecewa bila saya tengok anak muda yang 24 jam cabul keypad telefon bimbit melayan Twitter dan Facebook, banyak yang buang masa tapi tak pernah terfikir nak guna kemudahan aplikasi untuk tujuan pelajaran dan produktiviti. 

Jadikan ini langkah awal, dalam membentuk pelajar yang cemerlang, bermentaliti moden, dan celik IT. 
Sekian saja tutorial hari ni, mungkin saya akan kongsikan tutorial aplikasi-aplikasi lain yang bakal membantu kamu belajar. Kalau kamu tak ambil tahu, maka kamu tergolong dalam kalangan yang rugi.