Saya ada satu cerita yang ingin saya kongsikan. Ayuh kita putarkan masa, kembali ke tahun 2003, tahun saya menduduki peperiksaan UPSR.




Ada suatu petang ni, saya jemput kawan-kawan kawasan perumahan saya datang ke rumah. Ada sesuatu yang menarik saya nak bagi, Sup Ekor Special yang terbaik pernah saya rasa. Jadi, kawan-kawan saya pun datanglah ke rumah saya, dengan harapan dapat makan free.

Saya minta mereka duduk berbaris, dihadapan sebungkus Sup Ekor Special dan sebuah mangkuk besar yang sudah terhidang. Mereka hanya memandang dengan muka tak reti reti nak sabar. Biasalah, budak, kalau bab makan free ni, hilang pedoman dibuatnya. Saya hanya tersenyum sinis,  sambil memulakan taklimat ringkas saya, sebelum jamuan bermula.

"Dalam mangkuk depan kamu ni, berisi Sup Ekor Spesial yang terbaik pernah aku rasa. Ayah aku beli di Gerai Pak Tam, Bandar Baru Selayang."

Mereka hanya menganggukkan kepala sambil tersengih sengih cover line air liur meleleh. Saya masih tersenyum. Saya buka plastik bungkusan Sup Ekor Special tersebut, dan tuangkan ke dalam mangkuk. Kemudian, saya capai satu beg plastik hitam, dan keluarkan sebatang berus jamban yang baru saya beli. Saya berhujah lagi,

"Dalam tangan aku ni, berus jamban yang baru aku beli tadi. Nah, bau kedai lagi. Aku akan celupkan berus jamban baru ni, ke dalam Sup Ekor Special ni, sebelum korang boleh start makan. Ok, dah. Jemput makan semua."

Seperti yang saya jangkakan, terkamjat beruk lah mereka sambil buat muka 'What the fuck, apa kena mengena lah siak?'. Maka keluarlah bunyi bunyi jijik seperti 'eeeuuuuwww' dan 'uuwweekkk'. Tanpa berfikir panjang dan banyak soal, mereka lantas bangun dan meninggalkan perkarangan rumah saya sambil mulut berzikirkan pelbagai jenis ejekan dan kutukan. Saya masih duduk dengan tenang, dan tersenyum sambil menikmati keenakan Sup Ekor Special itu tadi. Enak, sangat enak.


Dah Tu, Apa Moral Dan Pengajaran Cerita Ni?

Dalam hidup, kita seringkali menanam persepsi atau tanggapan negatif dalam melakukan apa jua tugas lebih lebih lagi, dalam membuat keputusan. Bila berdepan dengan persepsi negatif ini, kita seringkali memujuk diri untuk mempercayainya tanpa berfikir panjang sehinggakan kita takut untuk mengambil risiko dalam hidup. Kesannya? Kita terlepas banyak peluang, dan juga nikmat dalam hidup.

Seperti kisah ni, kalau kamu duduk sebentar dan fikirkan perkara seperti "Apa beza celup berus jamban baru dengan celup sudu plastik baru?", mungkin kamu dapat memecahkan tanggapan negatif tersebut, dan mula mengambil risiko demi merasai Sup Ekor Special atau nikmat kehidupan itu tadi. Sebab, risiko paling teruk pun, sakit perut. Itu kalau saya prank kamu lah, guna berus jamban sekolah. Ye tak? Kalau berus baru, selamat digunakan tanpa was was. Ah gitu.

Mungkin kisah ni, terlalu bangang untuk kamu jadikan contoh, maka izinkan saya beri kamu contoh yang lebih mudah, berdasarkan situasi kebiasaan dalam hidup kita semua.


  • Kamu seringkali bertanggapan, kamu tak layak nak berkawan dengan orang kaya atau orang yang cantik misalnya, jadi kamu takut nak dekati mereka. Kesannya? Kamu terlepas peluang mengenali orang baru dalam hidup.


  • Dalam perhubungan, kamu takut nak berikan hadiah yang kamu buat sendiri, seperti origami dan kad ucapan misalnya, kerana bertanggapan ia nampak 'cheap' dan 'cheesy'. Kamu pun tak jadi buat. Kesannya? Kamu berbelanja, keluar duit dan dia tak nampak sudut romantis kamu.

Ada banyak contoh-contoh lain yang boleh kamu kaitkan dalam hidup kamu, kalau nak saya list-kan satu satu, beruban bulu pubis kamu. Dan akhir sekali, saya nak kongsikan quote yang pernah saya baca dulu, tapi lupa dari siapa. Bunyi nya lebih kurang:

"Dalam hidup, kalau kamu inginkan sesuatu dari seseorang, jangan takut, beranikan diri untuk minta/tanya. Kerana, jawapan yang paling teruk kamu mungkin dapat, hanyalah TIDAK."

Saya tahu, ada yang nak buat lawak bangang, seperti "Kalau minta blowjob kat boss nanti dapat pelempang beserta surat buang kerja." Terpulanglah, bergantung pada cara kamu fahamkan ayat tu lah kan.