Salam hormat,


Sehari dua ni, banyak sangat merapu, apa kata kita bincang topik yang lebih ilmiah dan bermanfaat, tapi tak nak lah terlalu serius, kita santai-santai saja. Tadi petang, saya terperasan ada beberapa pengguna Twitter yang bercerita tentang 'kejadian Hawa dari rusuk Adam'. Dan ini komen saya mengenai topik ni.


Kepercayaan mengenai kejadian Hawa yang berasal dari tulang rusuk Adam ini sebenarnya sudah ada sebelum kedatangan Islam lagi. Catatan yang telah diolah mengenai topik ini, terdapat dalam Injil atau Bible, Book of Genesis.

“And the Lord God caused a deep sleep to fall upon Adam [the first man], and he slept; and he took one of his ribs, and closed up the flesh in stead thereof. And the rib which the Lord God had taken from man, made he a woman …”
The Bible's Book of Genesis (2:21, 22) 

Dan ulasan berkaitan topik ini sebenarnya tidak terdapat pun dalam naskah Al-Quran, cuma terdapat rujukan mengenainya di dalam Hadis, seperti yang berikut:
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Secara saintifiknya, perkara ini adalah tidak benar. Kaum adam dan hawa, kedua-duanya memiliki bilangan tulang rusuk yang sama, iaitu sebanyak 12 pasang setiap seorang. Hal ini telah dibuktikan melalui rujukan anatomi secara klinikal.

 


Jadi, apa erti atau mesej yang cuba disampaikan jika perkara ini sebenarnya sudah terbukti tidak benar? Berdasarkan pemahaman dan interpretasi saya, dari pembacaan pelbagai sumber termasuk hadis,  secara bahasanya (berdasarkan natur bahasa yang digunakan didalam catatan Al-Quran dan Hadis yang 'berbunga' atau puitis) ia mungkin bermaksud:


Telah dijadikan wanita itu fitrahnya tidak lurus, diibaratkan seperti tulang rusuk yang teratas. Dan tanggungjawab kamu sebagai lelaki, adalah untuk mengingatkan dan membimbing kaum hawa. Tetapi jika kamu cuba untuk meluruskannya, maka rusuk tersebut akan patah dan menusuk hati (metafora) kamu, atau merosakkan diri kamu kerana ia dianggap mustahil. 


Mungkin pengertian yang saya sampaikan ini agak seksis bunyi nya, dan kamu akan cakap ramai wanita sekarang yang boleh hidup lagi lurus dari lelaki, tanpa bimbingan lelaki. Ya, betul. Tapi kamu kena ingat, latar masa dan latar masyarakat ketika catatan atau kisah ini ditulis. Pada zaman itu, peranan dan hak wanita sangat terhad.

Nasihat saya, jangan terus menerus menerima sesuatu idea atau bacaan itu secara total tanpa memahami isi dan maksud asalnya. Kalau kamu yakin Al-Quran itu dicatit oleh orang yang bukan calang calang, maka kamu jangan mengambil remeh soal pemahamannya. 



Membaca itu sebenarnya, hanya sekadar melihat abjad abjad rawak, manakala memahami isinya itu adalah menerima dan menyimpan.