Inovasi & Perniagaan: Rahsia Duit Yang Orang Malas Nak Fikir
00:28
Posted by Abell Jefrry
Salam hormat semua,
Rasanya lama juga saya tak menulis dan update blog ni. Baru sekejap tadi, saya tengok fanpage perniagaan sahabat saya, Finnfinn Cupcakes & Chocolates di Facebook, dan terus tergerak hati saya nak kongsikan serba sedikit asas keusahawanan atau entrepreneurship.
Keusahawanan ni, bukan nak cerita buat duit saja 24 jam. Sebelum nak mulakan bisnes tu, kamu mesti kena tahu dulu apa asas asas dan aspek penting dalam menjalankan perniagaan dan juga pembikinan produk. Siapa tahu, kamu tak pernah fikir fasal perkara asas ni, hari ni kamu dapat peluang baca artikel ringkas saya, dan kamu mula berfikir. Kan?
Baiklah, salah satu ranting penting dalam bab keusahawanan ni, yang saya nak kongsi ini hari, adalah rekacipta & inovasi. Tapi anak muda kita ni, bila bercakap sahaja bab inivasi dan rekacipta, terus datang perasaan takut dan malas nak fikir. Sebab apa? Sebab terdapat sedikit misconception berkenaan rekacipta & inovasi di Malaysia ni.
Apa Erti Rekacipta Dan Inovasi Buat Anak Muda Di Malaysia?
Jawapan ni, saya peroleh semasa jalankan kaji selidik projek SEM Type III saya untuk program Tunas Saintis.
Jawapan ni, saya peroleh semasa jalankan kaji selidik projek SEM Type III saya untuk program Tunas Saintis.
Proses atau pekerjaan mencipta mesin, jentera, atau peranti elektronik. Kiranya, bukan sebarangan orang boleh buat rekacipta atau inovasi ni, hanya jurutera dan pereka sahaja yang boleh buat. Yalah, kerani mana reti nak buat kereta lumba, kapal selam, telefon bimbit ni. Orang kerja bagus bagus saja boleh buat.
Apa Pula Erti Sebenar Rekacipta Dan Inovasi?
Rekacipta ni bermaksud penghasilan apa sahaja bentuk produk berdasarkan permasalahan tertentu, dan dalam proses merekacipta ni, ada pula Inovasi, yang bermaksud penambah-baikan dan pengubahsuaian idea-idea yang terdahulu, kepada sesuatu yang lebih baik atau lebih relevan mengikut kehendak pengguna.
Bila saya kata apa sahaja tu, bermakna memang apa sahaja lah. Tidak hanya terhad pada mesin, jentera atau peranti elektronik. Tak semestinya sebut rekacipta dan inovasi, kamu nak kena fikir macam mana nak buat telefon pintar lagi hebat dari iPhone. Tak, tak semestinya. Kalau tak percaya, biar saya tunjuk contoh mudah inovasi, yang saya yakin berapa kerat sangat dari kamu pernah terfikir tentang perkara seperti ni.
![]() |
| Tudung belah kanan lebih baik dari kiri kan? Simple. |
Kamu nampak tak betapa mudah, remeh dan kecilnya inovasi ni, sampai kebanyakan dari manusia tak pernah perasan atau terfikir pun mengenai benda ni, penutup ubat gigi. Penutup ubat gigi, pada awalnya boleh ditanggalkan dengan cara memutarkannya. Seorang pereka yang bijak dan bertanggungjawab mengusulkan permasalahannya, di mana 'sedikit' masa manusia terbuang atau terbazir untuk memutar penutup ubat gigi setiap hari, dan penutupnya pula berkebarangkalian hilang. Penyelesaiannya? Penutup yang kamu lihat disebelah kanan gambar. Inilah dia inovasi.
Siapa Yang Layak Buat Rekacipta & Inovasi?
Bab ni memang saya nak tekankan sangat. Sebenarnya, siapa saja dalam dunia ni, kalau peka, bijak, dan pantas ambil peluang, memang layak untuk jadi perekacipta. Bukan jurutera, saintis, atau pereka bertauliah sahaja. Kamu pun boleh, baik apa pun jurusan dan karier kamu, sekalipun hanya pelajar. Bukti dan contohnya?
- Kerani - Kamu mengalami masalah untuk menyelak kertas/dokumen. Kamu mendapat idea untuk mereka sarung getah kesat pada jari.
- Petani - Kamu mengalami masalah untuk menggembur tanah memasukkan benih kedalam tanah. Jadi kamu cipta alat berupa tongkat yang boleh diisi benih, hanya perlu cucuk pada tanah dan tekan butang.
- Peniaga kerepek - Kamu rasa leceh bila nak kaut kerepek dalam minyak lepas masak. Jadi kamu buat raga besi bertangkai untuk isi kerepek, dan terus rendam dalam minyak.
- Tukang Masak - Kamu rasa daging yang disimpan cepat lebam dan busuk, jadi kamu cari herba atau ramuan yang boleh dicampur dengan daging untuk buatkan ia tahan lama. Ini juga dikira inovasi.
Nampak dah apa yang saya maksudkan? Selagi kamu nampak masalah dalam hidup, selagi tu lah kamu berpeluang untuk perbaiki atau tampil dengan sebuah inovasi.
Rekacipta ni, kalau kamu pandai, kamu boleh selesaikan masalah kehidupan kamu. Tapi, kalau kamu bijak bergeliga, kamu boleh pasarkan produk ciptaan kamu dan selesaikan masalah ribuan malah jutaan manusia yang lain. Dalam erti kata lain, sambil menyelam buat duit. Tak gitu?
Jadi, dalam masa kamu muda ni lah, kamu kena ingat pesan ni:
Jadi, dalam masa kamu muda ni lah, kamu kena ingat pesan ni:
Orang yang pesimis, melihat kesulitan dalam setiap peluang, Manakala orang yang optimis melihat peluang dalam setiap kesulitan.
Tutorial: Jadual Kelas Google Calendar
00:02
Posted by Abell Jefrry
Tadi siang saya ada bual berkenaan tips produktiviti dan pendidikan menggunakan teknologi harian, dan ada janji nak kongsi tutorial bina jadual kelas setiap semester menggunakan aplikasi Google Calendar. Tak nak buang masa, saya akan teruskan tutorial selepas ni, tapi sebelum tu saya akan terangkan, kenapa Google Calendar?
Google Calendar ni, aplikasi atas talian yang percuma, semua orang boleh miliki hanya dengan membuka akaun pengguna Google. Kelebihannya, ia boleh di 'sync' dengan pelbagai jenis aplikasi, software dan peranti (device) seperti telefon pintar, iPod dan tablet. Selain itu, ia boleh diakses dari hampir kesemua peranti yang mampu mengakses talian internet. Kalau peranti peribadi kita habis bateri misalnya, boleh buka guna peranti milik kawan kita. Kan mudah tu.
Apa Yang Perlu Kamu Ada Sebelum Bermula?
- Akaun Google atau Gmail.
- Salinan jadual kelas
- Tarikh minggu terakhir semester
Langkah 1
Buka akaun peribadi dengan mendaftar di laman web Google. Akaun ni, akaun yang sama untuk guna Gmail, Blogger, Youtube dan sebagainya. Kalau dah ada, boleh teruskan ke langkah 2.
Langkah 2
Aktifkan akaun Google Calendar dengan melayari https://www.google.com/calendar/ . Kalau kamu buka guna peranti peribadi, boleh bookmark atau pinkan URL ni pada pelayar (browser) kamu.
Langkah 3
Jika ini kali pertama kamu guna Google Calendar, klik pada anak panah kecil di My Calendar dan klik pada pilihan Create New Calendar. Jika sekarang kamu nak buat jadual kelas, kamu pilih tajuk yang berkaitan seperti 'Class Timetable' dan sebagainya. Fungsi ni dapat mengasingkan kalendar kamu mengikut keperluan jika kamu ada kalendar lain seperti kalendar Jadual shift kerja dan cuti umum misalnya. Pastikan timezone tu betul, ini sangat penting.
Langkah 4
Langkah 4
Ini bahagian di mana kamu tentukan jadual harian. Rujuk salinan jadual kelas hari Isnin, dan klik pada ruangan hari isnin pertama semester atau minggu kamu. Kalau Isnin kelas mula pukul 9 pagi, klik pada ruangan 9AM. Kemudian klik pada Edit event
Langkah 5
Terus klik pada pilihan Repeat... dan setup seperti rajah dibawah. Pilih Weekly, dan pada ruangan Ends pilih On dan isikan tarikh akhir semester kamu. Biasanya jadual kelas akan habis paling lewat seminggu sebelum peperiksaan akhir semester. Sudah selesai, klik butang Done.
Langkah 6
Gantikan Untitled Event dengan nama subjek, tetapkan masa berlangsungnya kelas, dari pukul berapa sampai pukul berapa (Saya lupa letak arrow dalam rajah. Sorry.). Kemudian isikan ruangan Where dengan nama kelas atau bilik kuliah. Klik pada pilihan Calendar dan pilih kalendar jadual kelas yang kamu buat dalam langkah 3 tadi.
Pada ruangan Description, isikan semua butiran yang berkenaan sebagai rujukan lanjut, seperti judul buku teks dan perkakas yang perlu dibawa, nama dan nombor telefon pensyarah dan lain lain maklumat yang mungkin berguna. Setelah selesai, klik butang Save.
Langkah 7
Ulang Langkah 4 hingga Langkah 6 berpandukan salinan jadual kelas, sehingga lengkap dari Isnin sampai hujung minggu. Jika kamu berjaya lengkapkan, maka, tahniah buat diri kamu! Kamu baru sahaja melengkapkan jadual kelas atas talian pertama kamu.
Macam Mana Nak Sync Dengan Telefon Pintar, Tablet atau iPod?
Kalau nak tulis tutorial Sync ni, entri ni akan jadi panjang berjela mengalahkan jambang Osama Bin Laden. Untuk memudahkan proses ni, pihak Google ada menyediakan maklumat lanjut seperti tutorial dan apps untuk sync kalendar kamu. Kamu boleh layari laman utama Google Mobile Sync di http://www.google.com/mobile/sync/
Kalau nak tulis tutorial Sync ni, entri ni akan jadi panjang berjela mengalahkan jambang Osama Bin Laden. Untuk memudahkan proses ni, pihak Google ada menyediakan maklumat lanjut seperti tutorial dan apps untuk sync kalendar kamu. Kamu boleh layari laman utama Google Mobile Sync di http://www.google.com/mobile/sync/
Semoga apa yang saya kongsikan, dapat bantu kamu uruskan masa dan jadual harian kamu dengan lebih mudah, efisyen dan pantas. Bukan apa, hati saya sedikit kecewa bila saya tengok anak muda yang 24 jam cabul keypad telefon bimbit melayan Twitter dan Facebook, banyak yang buang masa tapi tak pernah terfikir nak guna kemudahan aplikasi untuk tujuan pelajaran dan produktiviti.
Jadikan ini langkah awal, dalam membentuk pelajar yang cemerlang, bermentaliti moden, dan celik IT.
Sekian saja tutorial hari ni, mungkin saya akan kongsikan tutorial aplikasi-aplikasi lain yang bakal membantu kamu belajar. Kalau kamu tak ambil tahu, maka kamu tergolong dalam kalangan yang rugi.
Subscribe to:
Posts (Atom)





