Theo Jansen: Lelaki Yang Mencipta Haiwan Mekanikal
21:18
Posted by Abell Jefrry
Seperti mana yang sebahagian dari kamu tahu, saya mempunyai minat yang sangat mendalam dalam seni dan rekacipta. Bagi saya, seni itu bermaksud cara, atau gerak kerja yang 'menghidupkan' setiap idea yang tercapai dek akal manusia. Baik apa pun ia, dari lukisan, arca, sains, matematik, mahupun pertuturan dan bahasa.
Sepanjang perjalanan hidup saya, saya banyak membaca kisah kisah pereka cipta dari serata dunia, dari yang popular dan dikenali seperti Nikola Tesla, hinggalah ke pereka terpencil dan tidak dikenali seperti Matthias Wandel. Tapi, dalam banyak-banyak pereka tersebut, terdapat seorang lelaki yang sangat unik, lelaki yang sedang merealisasikan impiannya, untuk tampil dan mencipta haiwan mengikut imaginasi dan kepintarannya.
Lelaki tersebut, ialah Theo Jansen (disebut Teo Hansen), yang dilahirkan pada 1948, di Scheveningen, Netherlands. Theo mempunyai misi dan visi yang sangat unik dalam hidupnya, iaitu untuk mencipta haiwan mekanikal kinetik yang dapat hidup sendiri tanpa makan minum, dan hanya bergantung pada keadaan persekitarannya, seperti tiupan angin dan bentuk muka bumi. Theo mula mengkaji dan mencipta haiwan mekanikal gergasi, sekitar awal 90'an.
Haiwan mekanikal kinetik ciptaan Theo, diperbuat dari bahan ringan, termasuk bahan buangan seperti botol air dan perca kayu. Binaan mekanikal yang ringan tetapi stabil ini, dapat kekal berdiri dalam cuaca dan kadar tiupan angin kebiasaan. Struktur binaannya sangat kompleks, tetapi berlandaskan mekanism pergerakan mudah. Seperti bergerak kehadapan, dan kebelakang secara mengetam.
Theo juga turut menamakan haiwan-haiwan ciptaannya, dengan nama-nama yang agak unik dan eksotik seperti Animaris Geneticus Parvus, Animaris Rhinoceros, Animaris Ordis Parvus, Animaris Percipiere, Animaris Siamesis dan banyak lagi.
Haiwan ciptaan Theo yang terkini, mempunyai otot yang membantu melancarkan dan memberi tujahan pergerakan. Otot tersebut berfungi menggunakan tekanan udara yang disimpan di dalam botol terbuang, dimampatkan, dan dilepaskan melalui salur keluar masuk angin. Mungkin kalau kamu fikirkan, ia juga menyerupai fungsi paru paru hawian.
Setiap ciptaannya, direka mengikut persekitaran habitatnya, kebanyakannya 'hidup' di tepi pantai yang berangin agak kuat. Sepanjang perjalanannya mencipta, suntikan inovasi diberikan terhadap haiwan-haiwannya, bagi memastikan ianya benar benar 'pintar' untuk terus hidup sendiri tanpa pantauan atau bantuan manusia.
Antara masalah yang dihadapi haiwan haiwan ciptaan Theo, ialah ribut, air dan ombak laut. Setelah bertahun-tahun mengusahakan ideanya, dan berjaya menghasilkan binaan mekanikal kinetik yang dapat bergerak sendiri, Theo mula memikirkan aspek terpenting dalam kehidupan, iaitu otak dan akal. Dan dia sudah pun mula menciptanya.
Otak haiwan mekanikal kinetik Theo, diperbuat menggunakan botol air, yang mengepam angin keluar dan masuk semasa sendi kakinya bergerak, lebih kurang sama dengan konsep otot dan paru paru haiwan sebelumnya. Ia berfungsi sebagai 'sensor' untuk mengenalpasti kehadiran air dan ombak dalam persekitaran habitatnya. Sebagai contoh, jika haiwan tersebut berjalan di persisiran pantai, dan bergerak menuju ke arah laut, sebaik sahaja kakinya menyentuh air, salur getah pada kaki haiwan yang menyalurkan angin keluar masuk akan tersumbat, dan sistem pam akan 'tersedak' dan membalik kan pergerakannya. Hasilnya, haiwan tersebut akan bergerak kebelakang dan menjauhi air laut.
Kalau kamu masih belum dapat fikirkan atau bayangkan bagaimana agaknya rupa haiwan mekanikal kinetik ciptaan Theo Jansen ni, jangan risau, saya ada sertakan video syarahan umum Theo di majlis persidangan dan perkongsian ilmu TED (Technology Entertainment & Design) pada tahun 2007, untuk tatapan kamu semua.
Saya nak kamu semua bayangkan, adakah suatu masa nanti, cucu cicit kita bakal hidup bersama haiwan mekanikal kinetik seperti yang diilhamkan Theo? Adakah masa dimana kita tidak lagi dapat merasakan bahang hangat nafas haiwan bakal tiba kelak? Bila tibanya saat itu, tidak ada lagi erti penyesalan. Lihatlah duni kita hari ini, kita semua tidak lagi kisah akan nasib haiwan-haiwan yang menemani kita di bumi ini, kita rampas tanah habitat mereka, kita musnahkan sumber makanan mereka. Betul?
Mungkin ada sebahagian dari kamu, yang rasakan impian dan misi hidup Theo Jansen ni salah kerana beliau seolah olah ingin menjadi 'tuhan' dengan mencipta binaan seakan hidupan yang menduduki dan bergerak atas muka bumi. Saya akan tinggalkan kamu, untuk teruskan berfikir dan selami apa yang Theo Jansen cuba lakukan. Saya akhiri penulisan saya hari ini, dengan pendapat peribadi saya:
Kenali dan pelajarilah karya agung ciptaan Tuhan. Sekalipun dengan mencipta sesuatu yang seakan sama, ia masih memerlukan kamu untuk mempelajari segala seni disebalik setiap ciptaan tuhan. Kerana, mengenal ciptaan Tuhan itu, adalah mengenal Tuhan itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 January 2012 at 21:49
Utk apa dia cipta haiwan mekanikal ni ? Adakah utk dimusnahkan oleh manusia juga akhirnya spt kata saudara yg berlaku kpd haiwan-haiwan di bumi hari ini?
30 January 2012 at 21:55
JeyJey,
Duduk dan fikirkan ayat terakhir yang saya berikan.
31 January 2012 at 00:03
this is grand engineering..dahsyat!!
saudara jeyjey,saya rasa dia mula timbul idea bila mengenangkan nasib cucu cicit dia nanti dah tak ada peluang melihat makhluk lain selain manusia khususnya haiwan akibat kepupusan.jadi dia cuba ciptakan makhluk mekanikal berupa haiwan.
10 February 2012 at 00:18
bagusnya peringatan anda..berguna untuk kanak2 membesar.
15 February 2012 at 14:06
jadi maksud pendapat saudara jeyjey, theo ni mengambil rujukan reka ciptanya dari makhluk ciptaan tuhan dan secara tidak langsung dia telah mengagungkan tuhan. betul?
28 February 2012 at 22:18
baru kenal..hahaha
30 April 2012 at 09:24
mengenal ciptaan Tuhan itu, adalah mengenal Tuhan itu sendiri. True.
24 December 2024 at 09:51
Thanks and that i have a swell proposal: What Does A Full House Renovation Cost house and renovation show