Theo Jansen: Lelaki Yang Mencipta Haiwan Mekanikal
21:18
Posted by Abell Jefrry
Saya nak kamu semua bayangkan, adakah suatu masa nanti, cucu cicit kita bakal hidup bersama haiwan mekanikal kinetik seperti yang diilhamkan Theo? Adakah masa dimana kita tidak lagi dapat merasakan bahang hangat nafas haiwan bakal tiba kelak? Bila tibanya saat itu, tidak ada lagi erti penyesalan. Lihatlah duni kita hari ini, kita semua tidak lagi kisah akan nasib haiwan-haiwan yang menemani kita di bumi ini, kita rampas tanah habitat mereka, kita musnahkan sumber makanan mereka. Betul?
Mungkin ada sebahagian dari kamu, yang rasakan impian dan misi hidup Theo Jansen ni salah kerana beliau seolah olah ingin menjadi 'tuhan' dengan mencipta binaan seakan hidupan yang menduduki dan bergerak atas muka bumi. Saya akan tinggalkan kamu, untuk teruskan berfikir dan selami apa yang Theo Jansen cuba lakukan. Saya akhiri penulisan saya hari ini, dengan pendapat peribadi saya:
Kenali dan pelajarilah karya agung ciptaan Tuhan. Sekalipun dengan mencipta sesuatu yang seakan sama, ia masih memerlukan kamu untuk mempelajari segala seni disebalik setiap ciptaan tuhan. Kerana, mengenal ciptaan Tuhan itu, adalah mengenal Tuhan itu sendiri.
Inovasi & Perniagaan: Rahsia Duit Yang Orang Malas Nak Fikir
00:28
Posted by Abell Jefrry
Jawapan ni, saya peroleh semasa jalankan kaji selidik projek SEM Type III saya untuk program Tunas Saintis.
Apa Pula Erti Sebenar Rekacipta Dan Inovasi?
Rekacipta ni bermaksud penghasilan apa sahaja bentuk produk berdasarkan permasalahan tertentu, dan dalam proses merekacipta ni, ada pula Inovasi, yang bermaksud penambah-baikan dan pengubahsuaian idea-idea yang terdahulu, kepada sesuatu yang lebih baik atau lebih relevan mengikut kehendak pengguna.
Bila saya kata apa sahaja tu, bermakna memang apa sahaja lah. Tidak hanya terhad pada mesin, jentera atau peranti elektronik. Tak semestinya sebut rekacipta dan inovasi, kamu nak kena fikir macam mana nak buat telefon pintar lagi hebat dari iPhone. Tak, tak semestinya. Kalau tak percaya, biar saya tunjuk contoh mudah inovasi, yang saya yakin berapa kerat sangat dari kamu pernah terfikir tentang perkara seperti ni.
![]() |
Tudung belah kanan lebih baik dari kiri kan? Simple. |
Kamu nampak tak betapa mudah, remeh dan kecilnya inovasi ni, sampai kebanyakan dari manusia tak pernah perasan atau terfikir pun mengenai benda ni, penutup ubat gigi. Penutup ubat gigi, pada awalnya boleh ditanggalkan dengan cara memutarkannya. Seorang pereka yang bijak dan bertanggungjawab mengusulkan permasalahannya, di mana 'sedikit' masa manusia terbuang atau terbazir untuk memutar penutup ubat gigi setiap hari, dan penutupnya pula berkebarangkalian hilang. Penyelesaiannya? Penutup yang kamu lihat disebelah kanan gambar. Inilah dia inovasi.
Siapa Yang Layak Buat Rekacipta & Inovasi?
- Kerani - Kamu mengalami masalah untuk menyelak kertas/dokumen. Kamu mendapat idea untuk mereka sarung getah kesat pada jari.
- Petani - Kamu mengalami masalah untuk menggembur tanah memasukkan benih kedalam tanah. Jadi kamu cipta alat berupa tongkat yang boleh diisi benih, hanya perlu cucuk pada tanah dan tekan butang.
- Peniaga kerepek - Kamu rasa leceh bila nak kaut kerepek dalam minyak lepas masak. Jadi kamu buat raga besi bertangkai untuk isi kerepek, dan terus rendam dalam minyak.
- Tukang Masak - Kamu rasa daging yang disimpan cepat lebam dan busuk, jadi kamu cari herba atau ramuan yang boleh dicampur dengan daging untuk buatkan ia tahan lama. Ini juga dikira inovasi.
Jadi, dalam masa kamu muda ni lah, kamu kena ingat pesan ni:
Orang yang pesimis, melihat kesulitan dalam setiap peluang, Manakala orang yang optimis melihat peluang dalam setiap kesulitan.
Tutorial: Jadual Kelas Google Calendar
00:02
Posted by Abell Jefrry
Tadi siang saya ada bual berkenaan tips produktiviti dan pendidikan menggunakan teknologi harian, dan ada janji nak kongsi tutorial bina jadual kelas setiap semester menggunakan aplikasi Google Calendar. Tak nak buang masa, saya akan teruskan tutorial selepas ni, tapi sebelum tu saya akan terangkan, kenapa Google Calendar?
Apa Yang Perlu Kamu Ada Sebelum Bermula?
- Akaun Google atau Gmail.
- Salinan jadual kelas
- Tarikh minggu terakhir semester
Langkah 4
Ini bahagian di mana kamu tentukan jadual harian. Rujuk salinan jadual kelas hari Isnin, dan klik pada ruangan hari isnin pertama semester atau minggu kamu. Kalau Isnin kelas mula pukul 9 pagi, klik pada ruangan 9AM. Kemudian klik pada Edit event
Langkah 7
Ulang Langkah 4 hingga Langkah 6 berpandukan salinan jadual kelas, sehingga lengkap dari Isnin sampai hujung minggu. Jika kamu berjaya lengkapkan, maka, tahniah buat diri kamu! Kamu baru sahaja melengkapkan jadual kelas atas talian pertama kamu.
Kalau nak tulis tutorial Sync ni, entri ni akan jadi panjang berjela mengalahkan jambang Osama Bin Laden. Untuk memudahkan proses ni, pihak Google ada menyediakan maklumat lanjut seperti tutorial dan apps untuk sync kalendar kamu. Kamu boleh layari laman utama Google Mobile Sync di http://www.google.com/mobile/sync/
Jadikan ini langkah awal, dalam membentuk pelajar yang cemerlang, bermentaliti moden, dan celik IT.
Nasi Lemak, Demonstrasi & Suara Pelajar
12:42
Posted by Abell Jefrry
- Tanpa muafakat, kerjasama dan kesefahaman, sesebuah masalah sukar untuk diselesaikan.
- Pelajar harus belajar mengenal hak asasi mereka, dan berusaha untuk melindunginya.
- Kepentingan pelan, objektif dan misi dalam melakukan sesuatu tindakan.
- Peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin dalam menjaga kebajikan organisasinya.
Sebelum mula mempersoalkan hak kamu, mulakan dengan mempersoalkan diri kamu. Siapa kamu sebenarnya?
p/s: Dari pengamatan saya, MRSM Jasin telah melahirkan ramai aktivis aktivis muda yang terlibat dalam organisasi sosial dan kemasyarakatan. Ramai, tak perlulah saya sebutkan nama, kamu tahu siapa kamu. Teruskan perjuangan, dan terus perjuangkan idea kamu, kerana kamu pemimpin masa akan datang.
Sup Ekor Special, Berus Jamban Baru Dan Persepsi Kehidupan
20:21
Posted by Abell Jefrry
Seperti kisah ni, kalau kamu duduk sebentar dan fikirkan perkara seperti "Apa beza celup berus jamban baru dengan celup sudu plastik baru?", mungkin kamu dapat memecahkan tanggapan negatif tersebut, dan mula mengambil risiko demi merasai Sup Ekor Special atau nikmat kehidupan itu tadi. Sebab, risiko paling teruk pun, sakit perut. Itu kalau saya prank kamu lah, guna berus jamban sekolah. Ye tak? Kalau berus baru, selamat digunakan tanpa was was. Ah gitu.
- Kamu seringkali bertanggapan, kamu tak layak nak berkawan dengan orang kaya atau orang yang cantik misalnya, jadi kamu takut nak dekati mereka. Kesannya? Kamu terlepas peluang mengenali orang baru dalam hidup.
- Dalam perhubungan, kamu takut nak berikan hadiah yang kamu buat sendiri, seperti origami dan kad ucapan misalnya, kerana bertanggapan ia nampak 'cheap' dan 'cheesy'. Kamu pun tak jadi buat. Kesannya? Kamu berbelanja, keluar duit dan dia tak nampak sudut romantis kamu.
"Dalam hidup, kalau kamu inginkan sesuatu dari seseorang, jangan takut, beranikan diri untuk minta/tanya. Kerana, jawapan yang paling teruk kamu mungkin dapat, hanyalah TIDAK."
Aplikasi Laman Sosial Dan Tujuh Dosa Besar Disebaliknya
00:22
Posted by Abell Jefrry
DISCLAIMER: Ini bukan artikel Teori Konspirasi dakyah Illuminati kepala banar segala. Ini artikel yang menerangkan konsep yang berkait dalam pembikinan sesebuah produk atau aplikasi sosial.
Salam hormat sahabat semua,
Kita berjumpa lagi hari ni, dengan topik yang mungkin agak menarik (bagi sesetengah pembaca) untuk saya huraikan. Artikel ni mungkin sesuai buat mereka yang gemar, atau terlibat dalam pembikinan laman web dan aplikasi digital. Saya akan terangkan seringkas yang boleh, dan mungkin tidak lengkap bagi membuka peluang kita semua berdiskusi selepas membaca.
Apa Itu Tujuh Dosa Besar Atau Seven Deadly Sins?
Tujuh Dosa Besar atau Seven Deadly Sins ni, sebenarnya salah satu kandungan penting yang sering dirujuk dalam ajaran Kristian. Namanya mungkin sudah menerangkan maksudnya. Jadi tak perlu lah saya terangkan lagi. Berikut adalah senarai dosa besar yang dimaksudkan:
Pride - Bangga diri, atau bongkak. Perasaan yang biasanya wujud bila seseorang itu percaya bahawa kelebihan dirinya, melebihi orang di sekelilingnya.
Envy - Hasad, atau suatu perasaan tidak senang atas kelebihan atau kesenangan orang lain.
Gluttony - Rakus, sifat atau perlakuan yang biasanya wujud apabila seseorang itu berkehendak melampaui kemampuan dan keperluan dirinya.
Lust - Nafsu, kemahuan atau kehendak yang tertanam dalam diri setiap manusia.
Wrath - Murka, atau kemarahan. Perasaan yang biasanya timbul apabila seseorang itu mula membelakangi rasional dan kasih sayang.
Greed - Serakah, atau ketamakan. Perasaan yang biasanya timbul apabila seseoarng itu mula mengidamkan kekayaan dan kuasa, sehingga mengabaikan baik buruk tindakannya.
Apa Kena Mengena 7 Deadly Sins Dalam Aplikasi Dan Laman Sosial?
Berdasarkan pemerhatian, dan pengamatan saya, saya mula perasan kaitan dan konsep 7 Deadly Sins dalam kejayaan sesebuah laman sosial dan aplikasi digital. Kebanyakan Laman sosial yang berjaya, mempunyai fungsi sama ada menggalakkan atau menyelesaikan 7 Deadly Sins. Maksud saya, kita dapat lihat dari penggunanya, kerana kejayaan sesebuah laman sosial atau aplikasi itu juga terletak pada penggunanya.
Saya akan beri contoh yang paling mudah dan paling kerap berlaku, berdasarkan laman sosial Facebook.
- Pengguna (kebiasaannya perempuan) akan memuatnaik gambar peribadinya yang cantik cantik ke laman Facebook. Ini satu contoh Pride.
- Kawan yang melihat kecantikan gambar tersebut pula, akan mula rasa cemburu. Ini pula Envy.
- Bagi menandingi kecantikan kawannya tadi, dia akan mula mengadakan apa sahaja demi
memuaskan hatinya. Ini namanya, Gluttony. - Perasaan terdesak mendapatkan sokongan dan pujian dari pengguna lain akan mula menyelubungi pengguna itu tadi, dia akan mula 'Add' lebih ramai kawan dalam akaunnya. Ini Greed.
- Pengguna yang berlainan jantina, yang melihat gelagat dua pengguna ni, akan mula rasa tertarik dan inilah dia Lust.
- Perasaan tidak selesa melihat ada pengguna yang cuba 'melawan' dirinya, akan menimbulkan kemarahan, Wrath. Maka berlaku lah pergaduhan atau salah faham.
Rantaian drama/konflik ni akan berterusan, dan akan mengakibatkan pengguna tersebut terus menggunakan laman sosial yang berkenaan.
Saya rasa saya tak perlu terangkan Sloth atau kemalasan ni. Kamu mesti tahu kan, hari hari mengular di tempat kerja.
Jadi, Apa Faedahnya Aku Baca Semua Ni?
Sebagai pereka laman web atau aplikasi, kamu harus mengambil kira elemen elemen remeh seperti ni dalam projek kamu yang akan datang. Fikirkan apa 7 Dosa Besar yang boleh kamu galakkan atau selesaikan dengan ciptaan kamu. Contoh yang saya berikan diatas, mungkin terlalu sikit, dan kebarangkaliannya tidak ada had. Kamu duduk sejenak, dan fikirkan. Banyak lagi yang kamu akan jumpa.
Tidak semestinya, dalam sesebuah aplikasi atau laman sosial wajib ada ketujuh-tujuh elemen dosa besar tersebut. Cuma, semakin banyak yang boleh kamu adakan atau selesaikan, kebarangkalian untuk laman sosial kamu berjaya juga mungkin akan meningkat.
Usah terus duduk, merenung sesuatu dari suatu sudut pandangan saja, bangun dan telitilah. Nescaya kamu akan tahu apa dibahagian yang lagi satu.
Saya rasa, dah panjang sangat saya tulis. Er. Jadi, sekian saja artikel saya malam ni.
Oh ya, Sebelum saya berundur, saya rasa majoriti pembaca tulisan saya ni, pengguna Twitter. Betul? Apa kata, kamu cuba beri contoh elemen 7 Dosa Besar dalam laman sosial Twitter pula. Sama sama berkongsi ilmu dan pendapat.
Salah Erti Dalam Perumpamaan dan Bidalan Melayu Part I
13:52
Posted by Abell Jefrry
Bagai melepaskan batuk di tangga
![]() |
Ini lah rupa Batok kalau nak tahu. |
Jadi, kamu semua dah faham maksud sebenar, dah belajar perkataan baru (batok), dan dah tahu punca kesalahan ni, bawa bawa lah ajar atau kongsi ilmu dengan orang sekeliling kamu. Jangan biarkan perumpamaan ini hilang maksudnya. Dah tahu, guna dengan betul. Tak reti?
Terima kasih sudi luangkan masa membaca. Jumpa lagi dalam sambungan artikel ni kelak.
p/s: Ribuan terima kasih buat @saifhazimie
Hawa Dan Tulang Rusuk Adam. Apa Ertinya?
21:26
Posted by Abell Jefrry
“And the Lord God caused a deep sleep to fall upon Adam [the first man], and he slept; and he took one of his ribs, and closed up the flesh in stead thereof. And the rib which the Lord God had taken from man, made he a woman …”The Bible's Book of Genesis (2:21, 22)
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Membaca itu sebenarnya, hanya sekadar melihat abjad abjad rawak, manakala memahami isinya itu adalah menerima dan menyimpan.
Malam Durjana Di Lembah Dosa
20:07
Posted by Abell Jefrry
Malam, sudah malam. Aku bangun menahan sesuatu. Aku rasa sesuatu yang selalu aku rasa. Benar, memang benar apa yang aku rasa. Aku melihat pada bahagian bawah abdomen ku. Memang menampakkan apa yang aku rasa. Nafsuku mula mencanak naik. Malam. Sudah malam.
Aku menghampirinya, memandang dalam samar-samar segenap inci kelazatan bahagian-bahagian tubuhnya. Aku mula ghairah. Perlahan-lahan aku menarik tudung yang melitupi sebahagian besar hidangan malam ku ini, menampakkan seluruh bahagian-bahagian yang mula membuatkan air liur ku mencair. Aku menghulurkan jemariku, menyentuh sedikit demi sedikit kelazatan pemuas nafsu serakahku ini.
Pahanya membuatkan nafsuku segera meletus. Tanganku menjadi tidak terkawal. Sedar sedar jemariku sudah merayap pada bahagian pahanya yang gebu. Ku jelajahi segenap inci kulit nya hingga ke bahagian dada. Ku cubit hujung daging dada nya dan ku jilat-jilat jemariku penuh ghairah.
Aku semakin teruja. Lantas hujung jariku diusap pada celahan daging yang enak itu. Likat. Pekat. Seluruh jariku ku kucup dan jilat dengan rakus sambil menikmati cairan yang hangat itu tadi.
"Amboi amboi amboi, tengah malam baru kau nak berjaga, menggatah kari ayam aku? Hey, can you please use that spoon? kau nak jadi musang ke ngah?"
Ah. Ibu. Kantoi. Malam. Hari sudah malam.
p/s: Ini sebenarnya cerpen yang ditulis 4 tahun yang lalu, berdasarkan kejadian benar. Tiada yang benar, melainkan yang benar benar belaka.
Amalina Che Bakri dan Persepsi Masyarakat Melayu
00:11
Posted by Abell Jefrry
Salam hormat,
Kebetulan hari ni saya mula menulis blog, ada pula satu isu yang saya rasa, saya ada sepatah dua kata nak sampaikan.
Isu nya berkenaan pelajar cemerlang yang pernah mendapat 17A1 dalam peperiksaan SPM beberapa tahun yang lalu, Nur Amalina Che Bakri. Gamaknya, ada malaun malaun yang terjumpa Facebook milik Amalina, yang memaparkan gambarnya yang sudah tidak lagi bertudung, dan sudah mula mengikuti aliran fesyen terkini. Kira seksi habis lah, bak kata lelaki melayu jumud ni, keras lah penis bila melihat.
![]() |
Ini gambar yang tak seksi. Kalau nak, pergi cari sendiri. Saya bukan Mustafa Kamal Jebah tokan porno. |
Saya tak hairan pun dengan perubahan Amalina ni, semua manusia berubah dari suatu masa ke suatu masa. Kita semua hidup diatas pilihan kita sendiri. Sedangkan ada kenalan saya yang belajar di tanah arab pun boleh lupa tuhan, inikan pula yang belajar di barat dan lupa tudung.
Cuma, apa yang saya tak faham adalah komen masyarakat Melayu berkaitan isu ni. Ramai pula yang tiba-tiba berpura-pura dungu. Selama ni kalau tengok Miss Universe pakai bikini coli sepentot, yang ada ijazah kamu bukan main lagi kata "Eh Pandainya dia!". Tapi bila dalam isu ni, seorang pelajar cemerlang 17A1 SPM, berfesyen dan tidak menutup aurat, kamu panggil dia "Bitch.". Aih, butoh pak hang lah.
Itu lah kan, selama ni kamu pakai bukan main seksi, seluar kecil nampak alur burit, tapi tak ada siapa nak sebarkan di Internet dan Twitter. Kamu tahu sebab apa? Sebab kamu tak pandai. Haha. Kesian. Tapi apa pun, ini nasihat saya:
"Hidup ini, umpama ikan di lautan. Sekalipun hidupnya di lautan garam, selagi tak mati, selagi itulah dagingnya tidak akan pernah masin."
Bermaksud, dalam hidup ni, kamu jangan cepat mudah terpengaruh dengan sesuatu yang kamu tidak relakan. Pendirian rohani dan mental kamu perlu kuat dan teguh. Kalau itu pilihan kamu, maka buatlah dengan penuh tekad, menilai baik atau buruk itu juga bahagian kamu.
Tapi ingat, setiap tindakan kita, akan dinilai oleh manusia manusia sekeliling kita. Sentiasa berpada pada dalam melakukan sesuatu. Lebih-lebih lagi bila kita sudah berada di atas, mata mata yang di bawah ni, tidak akan pernah leka dari memerhati kamu dengan seribu satu akalnya.
Kata Kata Aluan & Prakata Ala Kadar.
22:22
Posted by Abell Jefrry
Salam hormat buat semua pembaca.
Alahai, macam lah ada pembaca ye tak? Alah macam tak biasa bercakap dengan dinding. Ok, Setelah banyak feedback yang saya dapat, menyarankan saya mula menulis blog, sebab tak faham apa yang saya carutkan dalam 140 aksara di Twitter, maka saya pun bercadang (semalam bercadang, hari ni dah buat) untuk buka satu blog yang tak seberapa.
Dalam blog ini, saya akan menulis serba serbi berkaitan idea, pendapat, pandangan, pengalaman, dan juga hasil kerja saya. Minta maaf lah ya kalau blog saya ni kosong, tak meriah dengan imej imej liplap dan lagu yang mendayu dayu. Saya ni dungu sikit.
Saya ni menulis bukan pandai mana pun, dulu zaman sekolah ada juga berangan nak jadi wartawan, tapi masa interview di akhbar Harian Metro itu hari, depa reject. Depa kata IQ saya melebihi piawaian dia orang, iaitu 33, bersamaan dengan IQ ikan Dolfin. Nak buat macam mana kan. Tulis saja lah dalam blog.
Saya tak dapat nak janjikan apa apa buat semua yang membaca, ilmu dan manfaat tu akan datang sekali sekala tanpa kita sedari ibarat jagung dan biji cili yang terapung dalam kincit.
Semoga kalian terhibur, dan mendapat manfaat dari apa yang saya kongsi kan kelak.